Persoalan Bertudung :Kualiti atau Kuantiti?
Friday, 23 December 2011 @
23:48 | 0 Comment [s]
*isi dakwat pen dakwah dan start menulis*
Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most
gracious and most merciful =)
Tengok tajuk tuuu.Ye,saya khaskan entry ni untuk muslimah
tapi kalau muslimin nak baca pun tak apa jugak,sekadar untuk tambah ilmu
pengetahuan.Bila sebut pasal tudung,mesti tergambar kat benak saya perempuan
yang pakai tudung litup,sejuk je mata memandang >,< Tapi rasanya tu dulu je ramai.Kalau kita
perhatikan zaman sekarang ni kan,tudung ni dah banyak alami transformasi
kan?And dari perhatian saya,makin lama makin singkat.Ish,bahayannya tuu.
"Oleh itu berikanlah sahaja peringatan(kepada manusia,dan janganlah berduka cita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah pemberi ingatan.Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka(menerima apa yang engkau sampaikan)(Al-ghasyiyah:21,22)
Kalau tengok sekarang ni,ramai orang pakai tudung.Tengok pun
seronok.Yalah,ramai dah orang ikut tuntutan agama.Tapi yang tak
seronoknya..bila bertudung tak ikut tuntutan yang Allah suruh.Maksud saya,
kalau dulu perempuan yang pakai tudung ni selalunya kita nampak dekat tempat
baik-baik je,dekat masjid,surau atau tempat yang memang tak timbulkan
fitnah.Tapi sekarang ni?Entah-entah dekat kelab malam pun boleh jumpa perempuan
bertudung.Haih,sedih betul.And bila dah jadi macamni,mula lah orang buat cerita
yang perempuan pakai tudung ni sama je macam perempuan lain,baik tak payah
pakai tudung,etc.Dan yang pakai tudung ni pulak,kalau dulu untuk menutup
aurat,tapi sekarang ni ada pulak yang pakai tudung sebab nak berfesyen atau
sebab dah ramai orang pakai tudung atau dah jadi ikutan.Tudung ni dah jadi
macam bahan mainan.Maruah tudung tu macam dah dipijak-pijak.*eh,geram pulak
saya tengok cara orang bertudung zaman sekarang ni -.-"*
Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam
bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama
daripada keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59
Al-Ahzab dan ayat 31 An- Nur.Jadi,nak tunggu apa lagi cik kak?Meh saya ajar
sikit syarat-syarat nak pakai tudung tu.Tudung tu bukan sekadar tutup-tutup
rambut sana sikit,sini sikit tapi nampak leher yang jinjang tu,nampak dada and
kain terbelah sana sini.Bila non muslim tengok,macam kita ni sama je dengan
diorang cuma tak nampak rambut.Haihh.Mana boleh pakai tudung macamtu.Dan aurat
wanita kan seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan je.Tudung tu mestilah
menutup dada,tak jarang,tutup seluruh rambut dan biar nampak muka je.Macamtu
baru betul.Dan pandai-pandailah,bila dah pakai tudung tu,akhlak pun kena jaga
sekali.Ini ada pulak bertudung tapi berpeluk sakan dengan pakwe kat taman
bunga.Apa nak jadi lahh >.<
"Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dada-dada mereka"(An-Nur:31)
And tak bermaksud kalau awak dah pakai tudung tu,awak kena
pakai baju kurung je doplohpatjam.Memang tak salah kalau nak berfesyen,tapi
kena ikut syariat jugaklah.Cara pemakaian awak kena menutup aurat bersesuaian
dengan tudung awak ikut syariat tu.Jangan pulak tudung je ikut syariat,tapi.
Ini antaranya lah kan.Tau tak hijab tu sebenarnya protection
kita.Perlindungan kita.Sebab dengan bertudung ni lah,kita boleh terselamat dari
fitnah dunia dan dari gangguan.Bila hang pakai tudung ikut syariat
Islam,menutup aurat,takdanya laki gatal nak phewwit phewwit kat hang.Nak dekat
dengan hang pun diorang tak berani.Yang tertutup dan terjaga tu susah sangat
nak dekat,sama macam wanita solehah.Yang tertutup tu indah bukan?Boleh
dipandang tapi susah nak dipegang :)
Banyak sebenarnya jenis tudung zaman sekarang ni.Dah
macam-macam fesyen orang buat sampai kadang-kadang tak sedar cara pemakaian tu
dah langgar syariat agama.Macam contoh,tudung ikan bilis yang tersembul rambut
keluar kat bahagian depan tu,tudung selempang yang pakai tudung dah ok tapi
menampakkan dada,Tudung Alien.Tudung alien?Hang tau dak tudung alien tu
macamana?Tudung Alien tu yang nampak bonggol kat bahagian belakang tu.Orang
selalu buat macamtu dengan sengaja kononnya nak berfesyen tapi tak bertempat.
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
And ada lagi,selalu saya jumpa budak sekolah menengah
la.Pakai tudung sekolah tapi sekadar ikut syarat peraturan sekolah,tudungnye
muat tangkap je dan siap sensing-sinsing tudung lagi >.< Ish,buat sakit
mata memandang je.Takat nak tunjuk leher yang jinjang tu baik tak payahle.Awak
sinsing tudung sebab rimas?Awak rasa rimas ke bila Allah buat macamtu
semata-mata untuk kebaikan awak dan melindungi diri awak.Rimas eh macamtu?
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
Ok,senang kata.Saya berikan analogy.Awak ada rumah yang
besar cantik lagi.Awak nak hire bodyguard jaga rumah.Ada sorang ni tahunya
makan gaji je,makan tido tak jaga pun rumah awak.Lagi sorang ni ikut arahan dah
berkawal jaga rumah awak.Mana awak nak?Mesti lah yang kedua tu kan?Sebab yang 1st
tu berkemungkinan jugak nak dimasuki pencuri walaupun awak pasang
bodyguard.Macamtu lah perumpamaan tudung tu.Tudung yang labuh tu senang je nak
dijaga tapi kalau pakai tudung yang tak cukup syarat tu,senang je nak terselak
sana sini,jarang.Easy right? :)
Saya sukaa sangat tengok orang yang pakai tudung
labuh,lagi-lagi pakai baju kurung.And kadang-kadang ada yang pakai niqab.Sejuk
je mata memandang.Saya tengok pun seronok.Sekarang ni susah sangat nak jumpa
perempuan yang macamni.Saya tak kata perempuan macamni baik,tapi perempuan yang
tak pakai macamni jahat,tapi bila tengok diorang ni sejuk je mata xD
Harap-harap satu hari nanti saya dapat jadi macamtu.Insyaallah
Lebih kurang macamtulah ceritanya.Ahah,kakak tu yang dah
terkena sendiri.Maaf kalau ada yang terasa tapi benda-benda macamni kena selalu ingatkan sebab orang selalu pandang remeh.Tutup rambut je dah cukup.Mana boleh macamtu.Apa-apa pun,semoga yang baik kita jadikan tauladan,dan yang
buruk jadikan sempadan.Jom usaha AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR.Moga kita sama-sama
berjaya.Insyaallah :)
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh =)
-23DISEMBER2011/2.33PM-
|
|