//Imperfect Little Caliph
Gambar di Internet :Keperluan atau Keterbukaan?
Thursday 29 December 2011 @ 09:10 | 0 Comment [s]


*isi dakwat pen dakwah setengah dan start menulis*

Tengok video ni dulu kalau nak tambah ilmu :)





Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and most merciful =)






Assalamualaikum wbt.Dah lama rasanya tak menulis blog,rindu pulak >.< Sebenarnya saya dah rasa ngantuk ni,tapi sebab hati dah kata nak jugak tulis.Yelah,entah-entah esok atau tulat tak dapat lagi nak bernafas di muka bumi Allah macamana?3 hari yang lepas saya balik kampung,alhamdulillah pergi dan balik dengan selamat :) Sakit jugak tangan dukung baby berat 10 kg tapi seronok,sebab dia comel.Hehe :B Sebenarnya banyak yang saya nak kongsikan,tapi harini saya nak fokuskan pasal benda lain dulu.Insyaallah kalau ada masa lapang,saya akan menulis lagi.


Cerita pasal laman sosial zaman sekarang ni,uish susah betul kalau nak tengok orang yang takde account especially untuk facebook,twitter,blogger,myspace,eh banyak lagi lah :) Boleh dikatakan dengan zaman serba moden ni,semua orang wajib ada.Kalau tak ada dikatakan kuno dan ketinggalan zaman.Haihh,susah betul.Dan saya nak tanya,dengan account facebook,twitter,blogger tu,adakah kita guna dengan sebaiknya? Apa salahnya guna laman sosial tu untuk menyebarkan dakwah dan memperingatkan tentang Islam kan? Daripada memaki hamun luahkan masalah kat status awak,letak gambar tak sepatutnya.Gambar tak sepatutnya?Ehem,itulah yang saya nak bincangkan harini :3 *eceh,macam buat forum perdana pulak.hehe*







Cerita pasal gambar-gambar kat laman sosial,biaso ahh,selalunya muslimah yang kena tempias.Maaf,saya bukan nak membela kaum Adam tapi saya cuma nak cerita tentang kebenaran yang saya perhatikan.Ehem,dah tengok video kat atas tu?Cuba check balik profile picture dan album awak kat laman sosial,ada ke gambar-gambar seperti yang disenaraikan?Kalau ada,seeloknya dipadamkan supaya kita tak ada masalah menjawab soalan Allah di akhirat kelak tentang perbuatan kita meletakkan gambar yang tak sepatutnya :)


-Tak menutup aurat
-Memakai make-up berlebihan
-Terlalu zoom in gambar
-Menunjukkan aksi menggoda
-Sekadar untuk dapat pujian
-TABARRUJ


 Ha,inilah antara gambar muslimah yang ustaz tu cakap tak boleh diletakkan dan hukumnya HARAM dalam pendapat ulama'.


Eh,tabarruj tu apa ye?


Tabarruj tu adalah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.Macam yang muslimah zaman sekarang ni selalu lakukan,berlebihan gambar dan akhirnya membuat kita suka menunjuk-nunjuk dengan kecantikan rupa paras.Ish,bahaya tau tak?Saya tahu awak cantik,comel dan ayu,tapi perlu ke untuk meletakkan terlalu banyak gambar awak yang comel lote dan ayu tu untuk tatapan kaum Adam yang bukan muhrim bagi awak?Yang kemudiannya menyimpan gambar awak dan menyebarkannya kepada orang lain?Sekadar untuk dipuji dan disanjung oleh mereka yang mengagungkan kecantikan awak tu?Lantas,kalau awak dah bagi kecantikan awak tu dilihat oleh Adam-adam ni,apa pulak yang tinggal untuk awak beri pada suami awak nanti?Fikir-fikirkan ;)







Adakah awak bangga dipuji dan disanjung oleh Adam-adam kita ni dengan memperlihatkan kecantikan awak yang sepatutnya istimewa untuk orang tertentu sahaja?Ingat hawa,biar kita tidak cantik pada pandangan manusia,asalkan kita cantik pada pandangan Allah.Pujian dan sanjungan tu tak bererti apa-apa sebab ianya takkan pernah kekal lama.Kalau boleh,cubalah besederhana dengan meletakkan sekadar 1 atau 2 keping gambar yang tidak terlalu menonjolkan diri awak.Tak perlu berlebihan,biarlah kecantikan awak tertutup untuk yang layak melihatnya sahaja :)

Awak tahu tak kesan awak letak banyakk sangat gambar yang menayangkan kecantikan awak tu kat internet?Orang boleh je super impose gambar awak tu.Dunia sekarang ni dah maju,setakat nak lekat muka awak dekat gambar yang tak senonoh, bukan lagi 1 masalah .Photo editor sekarang ni berlambak,photoshop,photoscape,semua ada.Dan bila dah dilekat muka awak dekat gambar yang tak senonoh tu oleh pihak tak bertanggungjawab,disebarkannya pulak.And at last,awak jugak yang malu bukan? Dan saya jugak pernah baca kat surat khabar,seorang muslimah disihir guna gambar facebook.Herm,bomoh zaman sekarang pun dah maju jugak ye sampai guna gambar facebook?Thats why kita kena berhati-hati. Dan sometimes,bila orang buat fake account letak gambar awak yang comel lote tu atau cuba nak mengorat kat chatbox,mula lah awak melenting dan marah-marah.Sedangkan semuanya berpunca dari awak sendiri.Tak perlu nak salahkan orang lain.Kalau awak tak letak gambar awak yang cun tu,awak rasa ada ke orang nak tangkap gambar curi-curi buat fake account awak?awak rasa adam-adam ni nak ke ganggu awak kalau bukan awak sendiri yang tayangkan free-free kecantikan diri awak tu?Hermm,rasanya TAK.Kan?

 “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(An nur:31)



Maaflah kalau ada sesiapa yang sentap.If awak kata "biarlah sukahati sayalah nak letak gambar apa pun.Bukan masalah awak".This is what I'll say "Dear you,this is ACTUALLY my problem.You and I share the bond of LAILAHAILLALLAH.you're my sisters in Islam and this is what a sister will do for you.To guide you from the wrong thing you did and come back to the right path." Bukankah seorang muslim tu diWAJIBkan untuk menyebarkan dakwah?Eventhough awak baru seminggu masuk Islam,atau awak masih banyak cetek dalam ilmu agama,selagi awak tahu orang tu berkelakuan bertentangan dengan Islam,apa salahnya awak tegur dia?Tapi of course lah tegur dengan cara yang baik :)


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan" (Imam Hassan Al Basri)




Saya minta maaf kalau ada terlukakan sesiapa.Niat saya cuma untuk berkongsi ilmu dan menasihatkan sahaja.Supaya kita boleh sama-sama sampai Jannah.Insyaallah :) Maaflah entry agak bosan,saya dah mengantuk ni.Dah nak terlelap.Insyaallah kalau ada kelapangan saya sambung.Assalamualaikum :)




Older Post | Newer Post

Assalamualaikum and hi :)Thanks for the visit.I'm here just to talk about my perspective and opinions of Islam.


Story About Wishlist Links



Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.