Persoalan couple :WAJIB atau HARAM
Wednesday, 21 December 2011 @
12:14 | 0 Comment [s]
Bismillahirrahmanirrahim.In the name of Allah the most gracious and the most merciful =)
Sebelum tu saya nak tanya,antara kita semua yang baca entry ni kan,siapa yang pernah jatuh cinta? Sila angkat kaki,eh tak.Angkat tangan sudah cukup :) Oh ramaii,tak terkira bilangannya termasuk saya sendiri.Sebenarnya dalam Islam,Allah tak pernah larang perasaan cinta ni.Sebab perasaan cinta ni memang dah jadi fitrah manusia.Kalau tiada perasaan cinta ni,macamana Adam boleh jatuh hati pada Hawa,macamana kita nak cintakan Allah dan saudara Islam kita kan?
Allah tak pernah larang cinta dalam Islam sebabnya Islam itu sendiri adalah agama yang dipenuhi rasa cinta.Cinta kepada Allah,cinta kepada rasulullah dan cinta kita kepada ibu bapa,and saudara sesama muslim.Beruntungnya kita ni jadi muslim kan? :)
TAPI kena ingat juga,perasaan cinta ni harus dikawal.Sebab cinta yang fitrah inilah yang banyak orang salahgunakan dan akhirnya?MENJADI FITNAH pula.Apa yang saya nak fokuskan hari ini tentang cinta yang suci murni lahirnya sebagai fitrah manusia kemudian menjadi fitnah ni ialah‘Couple’.Wah,ramainya dah jeling tajamxD
YANG RAMAI ORANG FIKIR
“Alah,kau single bolehla.Kau jeleslah tu orang couple”
Alahai,tak kuasa saya nak jeles.Buat apa saya nak jeles dengan cinta yang mendapat murka Allah?Sedangkan cinta saya sendiri dengan Allah pun masih belum terjaga,inikan pulak nak dapatkan cinta manusia.Saya lebih rela serahkan cerita cinta saya pada Allah.Supaya Allah yang tulis dan tetapkan masa bila saya dah bersedia jumpa orang yang sebenar benarnya*ehemehem*.Lagipun Rasulullah pernah bersabda
"Tidaklah beriman seseorang itu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya,ibu bapanya,dan manusia seluruhnya" YANG SEBENARNYA ORANG PERLU FIKIR “Wait,kenapa Allah kena murka pulak?Bukankan cinta itu fitrah?”
Macam yang saya kata sebelum ni,cinta itu memang fitrah manusia.Tak ada siapa pun dapat lari dari fitrah ini tapi cinta tu kalau dibawa kepada jalan yang salah dan berlandaskan fitnah,ia dah jatuh hukum HARAM.Contoh cinta yang dibawa ke jalan salah ialah ‘COUPLE’.Kalau awak nak cinta yang diredhai Allah dan berlandaskan jalan yang benar,pergilah cepat-cepat kahwin :P
“Nak kahwin macamana?Saya tak cukup umur lagi.Tapi saya benar-benar cintakan dia”
Hermm,inilah masalahnya.Awak yakin ke yang dia boleh bimbing awak dan janji untuk sehidup semati dengan awak kalau dia sendiri dah bawa awak ke dalam cinta yang mendapat murka Allah? Awak yakin cinta yang awak berdua kongsi boleh dibina sampai Jannah?Fikir balik,pasangan awak tu atau awak sendiri akan masuk university atau tempat yang lain-lain bila dah tamat belajar nanti.Kat luar tu,ramai lagi perempuan atau lelaki yang lebih handsome/cun dia boleh dapat.Awak yakin dia boleh 100% setia dengan awak kalau cinta yang awak berdua bawa tu pun dah ke jalan yang salah? And contohnya lah kan,kalau awak kata yang awak suka pasangan awak ni sebab dia beriman,baik,hensem,boleh ke dia jadi beriman,sebaik,sehensem tu 10 tahun akan datang?Kalau dia bukan orang yang sama macam awak nak,adakah akan hilang perasaan cinta awak ni pada dia?
Jodoh,pertemuan,ajal dan maut.Everything bergantung kepada Allah.So,awak jangan risau kalau awak tak dapat jodoh :P Kalau cinta awak dengan Allah terjaga,insyaallah Allah akan balas balik dengan cinta dari orang yang baik-baik.
Awak nak tahu tak kenapa Couple tu haram?Meh saya cerita sikit,saya pun tak adalah berapa pandai sangat dalam hal agama islam.Ilmu saya pun masih cetek lagi tapi tak salah kan nak berkongsi ilmu yang kita ada?Menuntut ilmu tu kan wajib.Sebabnya,dengan cinta yang dimurkai Allah tu lah awak dah masuk ke jerat syaitan.Awak kata awak benci syaitan,tapi kenapa awak ikut dia?Yang first sekali awak kena tahu,couple tu haram sebab mendekati zina.In a simple way
MENDEKATI ZINA=HARAM - COUPLE=MENDEKATI ZINA - COUPLE=HARAM
Faham tak? :)Yang ramai orang tak tahunya,orang fokuskan zina ni kepada zina anggota badan. Zina ni tak semestinya zina anggota badan.Kalau awak faham dengan lebih lanjut,zina ni ada banyak bahagian.Awak tahu tak bila awak couple,awak dah terdedah dengan semua zina ni.
Nasihat saya lah kan,kita memang tak boleh lari dari perasaan nak cinta-mencintai ni tapi kadang-kadang jangan sampai cinta ni melalaikan kita dari connection dengan Allah.Jangan layan sangatlah benda-benda macamni.Muhasabah diri dan ingat,kalau cinta awak dengan Allah pun masih belum terjaga,apatah lagi cinta awak sesama manusia.Andaikata awak single dan kawan awak yang lain ramai dah couple,awak sepatutnya rasa bangga sebab Allah sedang menjaga awak untuk orang yang terbaik pada masa yang terbaik.Allah sedang tulis kisah cinta awak.Tak ke rasa seronok?You know,Allah knows the best for you :) Jadi tak usah risau.Status TAKEN atau COUPLE tak bermakna apa-apa andaikata cinta yang tu melalaikan kita dari syurga Allah.
Nota hati : Maaf andaikata ada yang terasa hati.Yang baik datang dari Allah,dan yang buruk datang dari salah silap saya sendiri.And credit of the pictures goes to Dr Cinta Punya Belog :)
Dalam riwayat bukhari n muslim"perempuan di kahwini kerana hartanya,cantiknya, keturunannya, dan agamanya,namun pilihlah perempuan yg taat pada agamanya krn ia dapat menuntun tanganmu"
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Date written :22 Disember 2011,5.19 a.m
|
|